Juz:1,Surah:2.
Surah 2, Ayat 75~78:
Ringkasan tafsir;
Ayat 75; Allah soal Nabi Muhamad, bahawa apakah kamu masih mengharap agar kaum Bani Israel akan percaya kepada kamu dengan seruan agama yang kamu sampaikan kepada kaum Yahudi ? sedangkan mereka sudah mendengar perkataan Allah dalam Taurat kemudian mereka mengubahnya. Apakah kamu masih mengharapkan mereka akan beriman dengan kitab Quran ?

Ayat 76;
Adalah jelas bahawa kaum Yahudi akan beriman dengan seruan Allah dihadapan Nabi
Muhamad, tapi apabila mereka kembali kepada kaum nya, mereka menyesal
menceritakan kebenaran seruan Nabi Muhamad yang telah tertulis dalam kitab
Taurat.
Ayat
77~78; Tidak kah bahawa Allah mengetahui
apa-apa yang ahli kitab kaum Yahudi telah sembunyikan perkara yang
benar, dan menceritakan apa-apa yang mereka nyatakan perkara bohong &
dongeng belaka kepada kaumnya yang buta huruf yang tidak tahu isi kandungan
dalam Taurat. Dan kemudian Allah memberi
amaran keras kepada mereka ...... 1.2.79.
Ayat-ayat
diatas adalah merupakan sindiran bertubi-tubi kepada kaum Yahudi, yang mana
kiasan tamsil ini juga ditujukan kepda umat Nabi Muhamad, ibarat kata “pukul anak sindir menentu”. Oleh itu Quran menyuruh manusia supaya
belajar dan mencari ilmu pengetahuan agar tidak khayal dan kurafat yang akan
disampaikan oleh para cerdik pandai seperti contoh ahli kitab kaum Yahudi yang
menceritakan cerita tidak benar kepada kaumnya.
Pautan,
.